Alhamdulillah......
Hanya kalimah kesyukuran tu jek yg dapat aku ucapkan.. agak terlambat sebenarnya aku coretkan kat blog yang sangat2 jarang aku kunjungi ni.. tapi tak pe lah.. aku masih jugak nak titipkan sebagai kenangan bila aku dah habis stadi nanti..
Sem 2 ni memang semester yang sangat mencabar kewibawaan diri aku sebagai seorang ibu, isteri, staf dan jugak sebagai seorang student part time. Sem ni aku ambik 4 subjek.. termasuk projek paper (Projek Sarjana Muda 1).. Cukup tough aku rasakan semester ni.. tekanan kerja dan study sangat tinggi aku rasakan.. sehingga hampir-hampir sahaja aku drop satu paper.. perlahan-lahan aku cuba lalui rintangan.. lagipon dah separuh semester aku lalui.. perasaan masih berbelah bahagi sama ada nak teruskan, atau nak drop satu paper.. mujur la suami memahami dah sering memberi dorongan pada aku..
Akhirnya.. aku berjaya jugak lalui semester ini dengan jayanya.. sungguh aku tak sangka.. paling menggembirakan apabila aku manage to get another Sijil Dekan (dean list).. hehehehe.. ini sijil dekan aku yg ke-2 lah maksudnye.. akhirnya jugak.. dapat merasa ada sijil dekan.. dulu masa diploma malas belajar.. xde la merasa.. masa degree.. bila tekanan merata2.. lagi la susah nak rasa.. dapat maintain pointer 3.0 pon dah cukup baik.. alih2, dapat jugak merasa sijil dekan... alhamdulillah....
Semester pendek ada 1 subjek jek aku kena ambik.. iaitu subjek English For Career Search... subjek ni memang bagus sebagai persediaan kita untuk mintak kerja & pergi interview.. bagus betul lah.. ada perkara2 tu.. aku sendiri pon x terpikir yg sebenarnya adalah trick interviewer pada kita.. huhuhuhu..
Sem 1 2012/2013 on the way... insya Allah.. itu adalah final semester untuk aku dan kawan-kawan lain.. sem ni nanti aku akan ambik 3 subjek.. Kejuruteraan Keperluan, Perisian Masa Nyata dan Projek Sarjana Muda 2 (PSM2)... Cuak jugak aku nak lalui semester nih... sebab sekarang nie pointer aku ngam-ngam 3.50... kalau boleh, xmoh la turun lagi.. cun dah tuh.. bukan senang dan jauh dari jangkaan aku sebenarnya nak dapat pointer setinggi tuh.. huhuhuhu..
0 Comments
