Assalamualaikum & selamat sejahtera..
Ini adalah first post aku dalam blog aku ni.. Aku merupakan orang IT yang dah cukup lama sebenarnya berkecimpung dalam dunia IT cuma memang tak pernah minat nak ber blog ni.. Sebab utama sekarang ni aku gatal-gatal plak nak ber blogging nie adalah kerana sejak 2 hari ni aku rasa aku ada beberapa pengalaman yang aku lalui... dan aku rasa macam menarik kalau dikongsi.. tapi tak tau nak kongsi kat mana.. nak kongsi kat Facebook, panjang pulak nak tulis... Masa hari pertama pengalaman yang aku rasa menarik tu happen, nak tulis dah.. tapi penyakit 'M' laju jek melanda (hehehehehe.. sebab aku nie mmg bukan kaki tulis buku.. kecik2 dulu rajin la.. :D ) .. tapi bila second pengalaman berlaku.. aku rasa memang nak kena tulis la jugak.. sekurang-kurangnya boleh aku simpan sebagai kenangan masa depan.. masa tu memang aku realize, hidup kita ni memang penuh dengan pengalaman dan pengajaran sebenarnya... cuma kita jek yang sama ada tak sedar.. ataupun kalau sedar, mungkin tak perasan...

So, untuk tak melebarkan lagi coretan aku ni, aku nak tulis pengalaman-pengalaman yang menyebabkan aku nak tulis dalam blog aku yang tak seberapa nie.. hehehehehe...

Pengalaman 1
Masa : 8.00 malam
Tarikh : 6 Januari 2012
Lokasi : gerai satay

Aku : dik, nak satay 30 cucuk ye
adik satay : ok kak...

masa aku tunggu satay tu.. aku tengok budak 2 org yang keje kat situ.. muda2 belaka.. sorang bakar satay, sorang bungkus.. tukang bakar satay tu pon terror.. xde terkial2.. agak2 dalam 15 min satay dah siap.. masa tu aku yang dah nekad dalam hati nak tanya beberapa soalan.. mula bertanya...

Aku : dik, umur berapa?
adik satay : 15 tahun
Aku :  muda... ni gerai sendiri ke?
adik satay : haah kak..
Aku : ooo... bagus ye.. muda2 dah ada bisnes sendiri.. bagus.. bagus.. satay perap sendiri ke?
adik satay : tak, ambik dari org...
Aku : oo .. ok, time kasih ye.. (bayar & balik rumah)

sampai rumah, aku pon bercerita dengan suami tentang budak tu.. umur baru 15 tahun tapi dah ada bisnes satay sendiri... walaupun aku tak tahu sama ada budak tu masih bersekolah atau tidak.. bagi aku budak tu dah kira jadik manusia la jugak.. sebab kebanyakan budak-budak sebaya dia tu ramai suka melepak & berpeleseran tak tentu hala.. tapi fikiran baik aku rasa budak tu sekolah... sebab gerai satay dia tu bukak lepas kol 6 petang hingga malam.. ramai jugak org beli satay dari kedai dia tu sebab memang sedap.. aku cakap dengan suami, budak tu umur 15 tahun dah ada bisnes sendiri, kami umur 33 tahun satu bisnes pon tak ada.. hmmm... tu yang aku rasa ada pengajaran dalam pengalaman tu walaupon tak de la besar sangat peristiwanya...

Pengalaman 2
Masa : 11 pagi
Tarikh : 7 Januari 2012
Lokasi : rumah aku

Aku menonton tv citer drama tv2.. tajuk "Bangunlah Mama".. kisah berkisar tentang seorang perempuan yang berkahwin dengan sorang lelaki nie... tapi tanpa restu keluarga dek kerana terlalu cintakan lelaki tu.. hinggakan masa ayah dia meninggal pon dia x dpt nak balik sebab tak tahu.. yela, dah kawin lari.. semua org carik tak jumpa.. dah meninggal ayah dia, baru dapat tahu.. so bila balik kampung.. mak dia marah and halau.. abang long dia pon..
So, selepas beberapa belas tahun.. both of them ada 2 orang anak, 1 lelaki, 1 perempuan.. dah besar2.. sekolah menengah la gitu.. hidup perempuan tu and suami kaya raya.. wife x keje.. fulltime housewife.. husband kerja bagus and berpangkat besar... tapi yang tak bestnya.. husband dia kawin baru tanpa pengetahuan.. mula berubah sikit2.. last2 terus tinggalkan perempuan tu.. perempuan tu yang terlalu sayangkan suaminya tak boleh terima perceraian diorang.. separuh gila.. makan pil banyak2.. mujur anak jumpa.. then duduk kat luar rumah tunggu suami balik.. bila ada kereta macam suami dia lalu, menjerit2 panggil suruh balik.. sedih gile masa tu..
after a month, baru la ok.. boleh senyum.. gelak-gelak.. then berkawan pulak dengan sorang mamat nie.. tajuddin.. bekas husband dia.. dah bercerai pulak ngan bini baru sebab bini baru tak tahan kena kongkong.. coz dia kawin dengan lelaki tu cuma utk duit jek..
suddenly, perempuan ni yg keluar dgn tajuddin tu kena serang plak ngan BINI NO.2 tajuddin.. sedih lagik dia sebab rasa semua lelaki memang kaki penipu..
anak-anak yang tak sampai hati tengok keadaan si ibu cuba usaha untuk gembirakan ibu.. si abang usaha nak baikkan ibu ngan nenek dia.. carik address nenek dia and pegi report pasal keadaan mak dia skang.. mujurlah nenek and paklong dia dah boleh terima dan akhirnya perempuan nie berbaik-baik semula dengan family dia..

Satu pengajaran aku terima, jangan membelakangkan keluarga hanya kerana cinta.. sebab cinta itu boleh pergi bila-bila masa je tapi keluarga takkan mungkin pergi tinggalkan kita walau apa pun yang terjadi..



Pengalaman3
Masa : 9.30 pagi
Tarikh : 8 Januari 2012
Lokasi : rumah aku jugak

Anak perempuan aku ada whiteboard..aku dah bawak balik marker biru yang utk whiteboard tu tapi dia nak jugak marker merah permenant ayah dia punye.. aku & ayah dia pon dah cakap marker merah tu x boleh padam kalau tulis tapi dia degil.. biasa la budak2...
Aku pon dengan penuh geramnya tulis nama dia pada whiteboard tu (belah atas.. konon2 sebagai penanda nama dia la..) dan cuba padam.. utk buktikan pada dia yg marker merah tu tak boleh padam... nak bagi dia percaya la.. sambil sengih2.. anak aku pon ambik whiteboard tu... secara sepontan, dia cuba ikut tulisan aku buat tu DENGAN MARKER BIRU... dia kata "cuba kita campurkan warna biru ni dengan warna merah tu.. " .. lepas tu dia pon cuba padam... dan BOLEH PADAM!!.. then dia cakp.."ha.. kan boleh padam.. ibu tak campurkan, memang la tak boleh padam"... hahahahahaha!... aku tanya ayah dia sape yang ajor ayah dia cakap tak tahu.. so kesimpulan aku buat, anak aku nie memang suka meng"explore" ..good job girl!.. bangga jap aku.. :)


Ok, tu 3 pengalaman aku untuk 3 hari ni.. nanti aku akan menulis lagi.. moga kita dapat kongsi sama-sama pengalaman menarik.. :).. chiow.. :)